ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Saturday 11 May 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.

Ibu merupakan seorang insan yang telah melahirkan kita. Begitu besar pengorbanan mereka terhadap kita kerana sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi melahirkan seorang anak. Jasa dan pengorbanan mereka itu tak akan dapat dibalas sampai bila-bila. Jadi, hargailah IBU kita supaya hidup kita sentiasa mendapat BERKAT dan REDHA dari ALLAH S.W.T. Nak sayang ibu, bukan hanya pada hari ibu semata-mata, tapi sayangilah IBU kita setiap saat selagi jasad ini masih bernyawa. Orang yang masih ada IBU sangat beruntung kerana mereka masih berpeluang untuk mendapat kasih sayang yang benar-benar tulus dan ikhlas. Bayangkan, bila IBU kita dah tiada, tiada siapa yang dapat memberikan kasih sayang seperti seorang IBU...Oleh itu, sentiasa berdoa untuk kedua ibu bapa kita supaya dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, bahagia sentiasa, sentiasa mendapat REDHA ILLAHI....IN SHA ALLAH...amin....SAYA SAYANG MAK AYAH SAYA....:)

Friday 18 May 2012

Berbahasa Biarlah Sampai Maksudnya.

As salam....


Sudah lama tidak menulis apa-apa di laman blog ini. Hari ini saya ingin menulis mengenai satu topik yang ringkas tetapi penuh makna iaitu "Berbahasa Biarlah Sampai Maknanya'. Persoalannya, pada hari ini ramai yang pandai berbahasa tetapi tidak sampai maksud yang ingin diperkatakan itu. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang itu berkata mengenai sesuatu perkara tetapi orang lain tidak faham langsung atau faham makna di dalam konteksnya sahaja. Sebagai contoh, seorang guru berkata kepada anak muridnya:

Guru    : Baiklah murid-murid, sebelum kita memulakan pelajaran hari ini, cikgu ingin kamu perhatikan      
             keadaan di sekeliling kamu.
Murid  : Dah cikgu.
Guru    : Sudah ke? Tapi cikgu tengok masih ada lagi sampah di bawah meja kamu itu.
Murid  : Tadi cikgu suruh perhatikan sahaja keadaan di sekeliling kami. Cikgu tidak suruh kutip sampah.
Guru    : Maksud cikgu, kamu kena perhatikan keadaan sekeliling kamu itu adalah jika terdapat sampah kamu
             mesti kutip dan buang di tempat yang sepatutnya.
Murid  : Cikgu tidak beritahu awal-awal. Kami tidak faham maksud cikgu itu.
Guru    : Baiklah, cikgu minta maaf atas kesulitan yang berlaku.


      Berdasarkan kepada situasi tersebut, guru seharusnya memberi arahan yang lebih jelas maksudnya kepada murid-murid tersebut. Guru hanya menyuruh muridnya untuk perhatikan keadaan di sekeliling dan bukannya menyuruh untuk mengutip sampah yang ada di sekeliling mereka. Guru seharusnya memberi arahan dengan menyuruh murid-muridnya itu perhatikan dan pastikan tempat mereka bersih dengan mengutip sampah yang ada di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, berbahasa biarlag sampai maksudnya.

Wednesday 9 May 2012

Buku Bahasa Melayu,Penulis Bukan Melayu.

As salam....

Sejak kebelakangan ini, telah lahir ramai penulis buku yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Persoalannya, penulis buku yang ada pada masa kini tidak hanya tertumpu pada bidang dan bahasa masing-masing sahaja. Dengan kata lain, penulis buku yang berbangsa lain sudah mampu untuk menghasilkan sebuah buku yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam penulisan serta pertuturan seharian mereka.
       Fenomena ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu sudah berkembang dan mampu menarik minat bangsa lain untuk mendalami ilmunya. Sebagai contoh, penulis yang bukan berbangsa Melayu ialah S.Nathesan,   Teo Kok Seong (Pensyarah UPSI), dan ramai lagi. 




Sunday 6 May 2012

ANALOGI TERHADAP BAHASA MELAYU PADA MASA KINI.


SITUASI 40.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, analogi merupakan kias atau perbandingan (yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan). Manakala bahasa pula boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Analogi terhadap bahasa Melayu kini seperti daun yang gugur dengan pokok sakit. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu pada masa kini telah mengalami pencemaran bahasa seperti bahasa rojak, bahasa slanga dan sebagainya. Tetapi, tiada langkah yang sewajarnya dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.
          Begitulah analoginya iaitu daun yang gugur dengan pokok sakit. Pokok yang sakit akan menggugurkan daunnya sehingga menyebabkan suatu kawasan menjadi kotor. Oleh itu, jalan pintas yang paling sesuai untuk membersihkan kawasan tersebut ialah dengan menyapu daun yang gugur itu. Pada hakikatnya, jalan penyelesaian itu hanya bersifat sementara. Hal ini demikian kerana daun akan sentiasa gugur disebabkan pokoknya sakit. Langkah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut ialah merawat pokok yang sakit itu. Nescaya, daun yang gugur akan berkurangan daripada sebelumnya.
          Begitu juga dengan bahasa Melayu, langkah untuk mengatasi pencemaran bahasa perlu dilakukan pada peringkat akar umbi. Contohnya, bermula dengan pucuk pimpinan negara yang mempamerkan semangat cinta akan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berucap di hadapan umum.



Rajah 1: Analogi daun yang gugur dengan pokok sakit.

Thursday 3 May 2012

LARAS BAHASA.


SITUASI 39

Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Menurut Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991, laras bahasa merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
       Laras bahasa ini dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras ini juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Jenis-Jenis Laras Bahasa:
1.     Laras Bahasa Matematik
2.    Laras Bahasa Sains
3.    Laras Bahasa Sukan
4.    Laras Bahasa Agama
5.    Laras Bahasa Sastera
6.    Laras Bahasa Seni
7.    Laras Bahasa Iklan


Rajah 1: Buku Laras Bahasa.

Tuesday 1 May 2012

MEMBENTUK LAKUAN BAHASA MELALUI LATIHAN


SITUASI 38.

Di sini kita mengambil tauladan dari bagaimana bahasa pertama itu dikuasai. Mengikut teori behaviorisme, lakuan itu terbentuk melalui lakuan yang diulang dan dikukuhkan. Oleh itu sebagai orang dewasa, kita terpaksa berlatih untuk mempelajari bahasa kedua. Kita terpaksa berlatih dengan begitu rapi lebih-lebih lagi dalam bahagian di mana lakuan bahasa ibu kita mengganggu pembentukan lakuan bahasa yang sedang dipelajari. Oleh itu mempelajari bahasa ini mungkin dapat dikatakan suatu proses mempelajari lakuan baharu, samalah seperti seorang yang biasa memandu kereta di sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa memandu di sebelah kiri jalan.
Dalam hal ini terdapat kecenderungan untuk mempergunakan lakuan yang lama. Oleh itu di mana perlu lakuan yang sama itu diperkenalkan dahulu dan kita harus berhati-hati supaya mempelajari mempergunakan lakuan yang baharu atau yang tidak sama dengan dalam bahasa kandungannya. Proses mempelajari bahasa itu menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara kedua lakuan bahasa itu.

Monday 30 April 2012

PERANCANGAN BAHASA.

SITUASI 37.


Perancangan bahasa merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur, atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya, ia akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara bagaimana bahasa digunakan. Perancangan bahasa boleh dibahagikan kepada tiga sub-dimensi iaitu perancangan korpus, perancangan status dan perancangan pemerolehan.
Istilah perancangan bahasa (language planning) itu mula digunakan oleh E. Haugen (1959) di dalam penulisannya apabila dia merancangkan bahasa Norway. Di dalam usaha tersebut. Haugen telah mendefinisikan perancangan bahasa sebagai merangkumi usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu, mencakupi segala usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk penyuburan bahasa dan melibatkan usaha-usaha pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang berkenaan.

Rajah 1: Buku berkaitan dengan perancangan bahasa.

Rajah 2: Keratan akhbar.