ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Saturday 31 March 2012

Nok Kecek Kelate...acu dengar.

Ejaan Yang Betul.

SITUASI 20.

Kempus atau kampus??? Bunyi hampir sama tapi makna yang berbeza. Perkataan yang betul ialah kampus. Perkataan kempus tidak mempunyai apa-apa makna dan ejaannya salah. 

ULASAN:

Kesilapan ejaan tersebut berlaku kerana pengaruh daripada bahasa pinjaman iaitu bahasa Inggeris. Selain itu, kesilapan ejaan berlaku kerana penggunaan huruf  'e' sama ada e-taling atau e- pepet. Penggunaan ini boleh dijelaskan dengan lebih lanjut dengan pendekatan fonetik dan fonologi.


Thursday 29 March 2012

Tumbang atau terbalik?

SITUASI 19.

Setiap orang pasti keliru dengan penggunaan perkataan tumbang atau terbalik. Penggunaan perkataan-perkataan tersebut bergantung kepada konteks ayat yang ingin dinyatakan. Walaupun makna di sebalik perkataan tersebut hampir sama, tetapi ia hanya boleh berfungsi mengikut situasi yang betul sahaja.
Contoh penggunaan perkataan tidak mengikut konteks yang betul ialah:-

Pelajar A: Pokok itu terbalik semalam kerana hujan lebat.
Pelajar B: Terbalik??
Pelajar C: Macam pelik saja bunyi ayat itu.
Pelajar B: Betul. Aku pun tidak berapa faham maksudnya.
Pelajar A: Pokok itu terbalik la. Terbalik menyembah bumi. Daun semua gugur bertaburan di atas tanah.    
                Nasib baik tidak ada orang yang cedera.
Pelajar B: Itu bukan terbalik la awak. Kalau untuk pokok, tumbang la. Pokok tumbang!
Pelajar C: Ha...betul itu, pokok mestilah tumbang bukan terbalik.
Pelajar A: Tumbang dengan terbalik itu sama sahaja. Bukan ke begitu kawan-kawan?
Pelajar C: Salah! Penggunaan perkataan tumbang lebih tepat untuk pokok yang rebah menyembah bumi.
Pelajar A: Oh..baru aku faham sekarang. Terima kasih kawan.

PENDAPAT.
Situasi ini berlaku kerana terikut-ikut dengan penggunaan dialek yang bebas penggunaan ayatnya walaupun struktur ayat tersebut tidak betul. Perkara yang dipentingkan dalam setiap pertuturan hanyalah makna. Jika pendengar faham apa yang diujarkan, itu sudah memadai tanpa menitikberatkan struktur ayat sama ada betul atau salah. Itulah masalah utama setiap penutur bahasa di negara ini disamping masyarakat yang tidak perihatin.

Wednesday 28 March 2012

PERCAMPURAN BUDAYA, BAHASA DAN ADAT.

SITUASI 18.


Percampuran yang dimaksudkan ialah perkahwinan. Melalui perkahwinan campur antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang berbeza dari segi budaya, bahasa dan adat akan menghasilkan suasana yang lebih komplek dan unik. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu terima perubahan yang berlaku. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Perkahwinan campur ini amat unik kerana berlakunya perkongsian dari semua segi terutamanya bahasa. Semasa berkomunikasi, masing-masing akan cuba untuk bertutur dalam bahasa yang senang untuk difahami oleh pasangannya. 


Contoh terdekat saya dapat lihat ialah jiran saya yang berkahwin dengan lelaki berketurunan India. Sebelum berkahwin, lelaki itu hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, Tetapi, selepas berkahwin, lelaki tersebut sedaya upaya untuk belajar bertutur dalam Bahasa Melayu dan makan makanan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, adat dan budayanya tidak terus ditinggalkan dan tetap dilakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Begitu juga dengan isterinya.
Mereka tetap saling melengkapi walaupun mempunyai perbezaan dari semua segi terutama budaya dan bahasa. Komunikasi yang berlaku menimbulkan kesan dimana semua pihak dapat memahaminya tanpa sebarang masalah asalkan kedua-dua belah pihak bijak untuk menangani perbezaan menjadi persamaan. 











PENDAPAT.

Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai keunikan sama ada dari segi budaya, bahasa dan adat. oleh sebab itu, setiap ahli dalam masyarakat mampu menerima keunikan tersebut dengan senang kerana sudah biasa dengan keadaan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. 

Ringkasnya, kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain mampu untuk berkongsi budaya, bahasa dan adat mereka dengan sesiapa sahaja.

Tuesday 27 March 2012

SERIUS ATAU LAWAK?

SITUASI 17.

Lawak atau jenaka merupakan perbuatan yang mampu mengukirkan senyuman di bibir seseorang. Jika lawak yang dilakukan secara bersahaja atau secara spontan, tidak semua orang mampu melakukannya. Hal ini demikian kerana lawak tidak hadir secara tiba-tiba tanpa difikirkan terlebih dahulu. Begitu juga dalam perbualan,  jika disertai dengan lawak atau jenaka, ia mampu mengubah suasana menjadi lebih meriah dan terdapat lebih banyak komunikasi. Fakta penting, orang yang mampu membuat lawak lebih disenangi dan mudah untuk didampingi.
Contohnya, hari ini saya bersama dua orang kawan pergi ke Rawang. Semasa di dalam kereta, kami berbual-bual mengenai kemalangan jalan raya yang berpunca daripada binatang liar yang melintas jalan. Terdapat satu kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar UPSI yang berpunca daripada seekor babi hutan yang melintas jalan. Pemandu kereta tersebut tidak dapat mengawal kereta yang dipandu lalu melanggar pembahagi jalan. Kawan saya menyatakan bahawa ada pihak yang ingin memfailkan saman kepada individu tertentu. Fikiran saya terus ligat untuk membuat jenaka bagi mengubah suasana menjadi lebih ceria. Tiba-tiba saya berkata, "kenapa tidak saman babi itu sahaja?. Babi itu yang salah sebab melintas di kawasan yang tidak dibenarkan melintas". Semua kawan-kawan saya terus tergelak bagai hendak pecah pecah perut. Niat saya hanya satu, hanya ingin menceriakan keadaan yang agak suram.

Sebaliknya, orang yang sentiasa serius hanya akan didampingi apabila perlu sahaja. Hal ini demikian kerana orang disekelilingan berasa takut atau tidak suka dengan cara pemikiran orang yang terlalu serius. Tidak dinafikan bahawa serius itu perlu untuk berjaya dalam hidup tetapi ia perlu diselitkan dengan lawak jenaka. Kadang-kadang, orang serius ini akan menjadi 'kera sumbang' kerana tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

ULASAN:

Lawak sebagai hiburan semata-mata dan kadang-kala mampu menjadi terapi yang berkesan kepada orang yang mempunyai masalah dalam hidup. Tetapi, jangan sampai lawak itu menimbulkan rasa sakit hati kepada orang lain. Lawak yang dilakukan haruslah tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum kerana mampu memecah-belahkan perpaduan yang terjalin.

Monday 26 March 2012

KONSEP YANG TERDAPAT DALAM DIALEK KELANTAN.

SITUASI 16.


Konsep Rasa.

Terdapat beberapa perkataan utama dalam dialek Kelantan yang menggambarkan rasa. Antara perkataan tersebut ialah, manih, tawa, masing, pedah, lemok, kelak, haŋer, masey, lecah, pekaʔ. Daripada perkataan ini hanya ada tujuh sahaja yang merujuk kepada rasa asas, iaitu tawar, pahit, masam, manis, masin, pedas dan lemak. Rasa yang dirujuk oleh perkataan kelaʔ merujuk kepada peleburan dua jenis rasa, iaitu rasa pahit dan tawar, lecah pula merujuk kepada rasa tawar dan masin.

Dialek Kelantan
maknanya
Pedas nnyenga
Sangat pedas
Tawar hebbey
Sangat tawar
Manih letting
Sangat manis
Masing perrak
Sangat masin
Pahik bbengey
Sangat pahit
Lecah leweh
Sangat tawar (tidak cukup perasa)
Dalam maksud masin perrak, unsur perrak merupakan satu unsur bunyi yang melambangkan makna atau maksud sangat dalam masyarakat Kelantan. Kata perrak tidak mempunyai makna jika berdiri sendiri dan tidak digunakan di luar daripada konteks masin. Contoh ungkapan yang menggunakan konsep rasa dalam dialek kelantan:
[ #Lado tu rase dio pedah nnyeɳa”#] = “Rasa lada itu sangat pedas”.
[#lecah leweh eh ambo braso gulai ike nie#]= “Saya rasa gulai ikan ini seperti tidak cukup bahan perasa.”


Konsep Warna
Konsep warna memperlihat bahawa terdapat tujuh perkataan untuk warna utama dalam dialek Kelantan, iaitu putih, hitam, merah, kuning, kelabu, hijau, dan biru. Tiap-tiap kata nama bagi warna tersebut mempunyai tambahan kata atau perkataan untuk menyampaikan maksud bagi setiap warna.

Bahasa Melayu standard
Dialek Kelantan
Transkripsi fonetik
Merah
Meghoh
[#meghoh# ]
Biru
bighu
[ #bighu# ]
Hitam
ite
[ #itε #]
Hijau
hijha
[ #hijha# ]

Contoh ayat yang menggunakan konsep warna dalam dialek Kelantan:
[#Siti paka baju wano meghoh nyalo hari ni#] = Hari ini Siti memakai baju yang berwarna merah terang.

Konsep Bentuk dan Saiz.
Dalam dialek Kelantan, terdapat beberapa perkataan dan ungkapan yang menunjukkan bentuk, iaitu bulat, bujur, dan bersegi. 
Selain itu terdapat juga bentuk-bentuk lain yang tidak menggunakan bentuk-bentuk asas seperti belok belekar dan renyok petok. 
Konsep saiz pula, perkataan-perkataan yang menunjukkan julat saiz dari kecil sampai besar. Julat tersebut adalah seperti halus, kecil, tinggi, besar, dan kurus
Dalam konsep ini juga, turut diselitkan unsur-unsur penegasan bagi menyampaikan sesuatu maksud yang lebih luas seperti tinggi layur, untuk menunjukkan tahap ketinggian bagi seseorang individu. Perlambangan turut digunakan dalam konsep saiz. Contohnya untuk memberitahu saiz seseorang, rakyat Kelantan menggunakan perkataan besar gajoh untuk menunjukkan bahawa saiz sesuatu benda yang dirujuk itu sebesar gajah.

BAHASA MELAYU
DIALEK KELANTAN
TRANSKRIPSI FONETIK
Tinggi
Tinggi layur
[# tinggi layur #]
Kecil
Kecik tuŵek
[# kecik tuŵek #]
Besar
Besar gajo/h
[#besar gajoh #]
Kurus
Kughuh keghing
[#kughuh keghiŋ# ]

Friday 23 March 2012

'Bahasa Halus' dalam Budaya Lisan Masyarakat Melayu.

SITUASI 15.
Sewaktu kecil, saya sering diajar oleh mak dan ayah untuk menggunakan bahasa yang halus yakni bahasa yang lebih santun. Keadaan ini sangat ketara apabila saya ke rumah nenek. Hal ini demikian kerana keluarga nenek termasuk ayah sangat menjaga etika sopan santun khususnya dalam tingkah laku dan bahasa lisan. Contohnya, bagi nasi yang hangit, nenek sebut sebagai ‘nasi kunyit’. Perkataan yang disebut mempunyai makna yang berselindung dengan menggunakan perkataan yang lebih halus.

ULASAN.
Sebenarnya, penggunaan bahasa halus dalam budaya lisan masyarakat Melayu merupakan salah satu cara untuk bertutur, mengkritik, memberitahu, dan ‘bercakap benar’ dalam bahasa orang Melayu sejati. Bahasa halus juga merupakan satu cara kita dapat mengesan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. Orang yang pandai berbahasa halus, biasanya datang daripada lingkungan keluarga bangsawan, keluarga menengah, keluarga tradisional yang sentiasa memegang adat dan adab, serta keluarga yang ada tradisi yang jelas susur galurnya. Dalam konteks ini, bahasa halus bukannya terletak pada strata kelas yakni orang kaya mahupun orang miskin, marhaen ataupun borjuis tetapi ia lebih kepada kemahiran berbahasa lisan.

'Bahasa Halus' dalam Budaya Lisan Masyarakat Melayu.

SITUASI 15.
Sewaktu kecil, saya sering diajar oleh mak dan ayah untuk menggunakan bahasa yang halus yakni bahasa yang lebih santun. Keadaan ini sangat ketara apabila saya ke rumah nenek. Hal ini demikian kerana keluarga nenek termasuk ayah sangat menjaga etika sopan santun khususnya dalam tingkah laku dan bahasa lisan. Contohnya, bagi nasi yang hangit, nenek sebut sebagai ‘nasi kunyit’. Perkataan yang disebut mempunyai makna yang berselindung dengan menggunakan perkataan yang lebih halus.

ULASAN.
Sebenarnya, penggunaan bahasa halus dalam budaya lisan masyarakat Melayu merupakan salah satu cara untuk bertutur, mengkritik, memberitahu, dan ‘bercakap benar’ dalam bahasa orang Melayu sejati. Bahasa halus juga merupakan satu cara kita dapat mengesan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. Orang yang pandai berbahasa halus, biasanya datang daripada lingkungan keluarga bangsawan, keluarga menengah, keluarga tradisional yang sentiasa memegang adat dan adab, serta keluarga yang ada tradisi yang jelas susur galurnya. Dalam konteks ini, bahasa halus bukannya terletak pada strata kelas yakni orang kaya mahupun orang miskin, marhaen ataupun borjuis tetapi ia lebih kepada kemahiran berbahasa lisan.

BAHASA ROJAK.

SITUASI 14.


Rajah 1: contoh penggunaan Bahasa Rojak.  


Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di  Malaysia  yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.
              

Ulasan.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

Wednesday 21 March 2012

MAKAN DAN MINUM.

SITUASI 13.
Semasa di dalam kelas Sosiolinguistik pagi tadi, saya berasa amat lapar. Jadi, saya memberitahu kepada kawan sebelah saya bahawa saya ingin makan sesuatu. Selepas itu, kawan saya dengan pantas menunjukkan ke arah botol air mineral yang ada di atas meja. Saya pun terfikir, mengapa dia tunjuk air sedangkan saya ingin makan dan bukannya minum. Sebenarnya, sesetengah masyarakat tidak kisah akan penggunaan perkataan bagi merujuk kepada sesuatu perkara asalkan dapat menghasilkan makna yang serupa walaupun salah konsepnya.

PENDAPAT.
Bagi sesetengah masyarakat yang mempunyai dialek seperti masyarakat Kelantan, makan juga boleh merujuk kepada perbuatan meminum air. Walau bagaimanapun, penutur dialek lain tidak mungkin akan dapat faham kerana mempunyai kefahaman yang berbeza tentang sesuatu perkara.

Monday 19 March 2012

Bahasa SMS

SITUASI 12.


(situasi bermasej)

Awak : duk buat ape tu..?

Kite : duk siapkan rph..

Awak : ha, duk siapkan rempah ape malam-malam nie?

Kite : atoyaiii..rph is Rancangan Pengajaran Harian (RPH) not rempah..

Awak : lain kali cakap biar terangggg..


PENDAPAT.
Bahasa SMS ini mampu merosakan keindahan dan keunikan bahasa. Asyik ingin ringkas sahaja, maka tiada komunikasi yang mesra akan berlaku. Jadi, tidak hairanlah jika generasi masa kini tidak tahu untuk berhubung dengan orang lain dan tiada budi bahasa.

Sunday 18 March 2012

Papan Tanda





SITUASI 11.

Papan tanda merupakan petunjuk bagi sesuatu perkara. Papan tanda ini kadang-kadang hanya memaparkan gambar sahaja tetapi mampu untuk difahami oleh semua orang. Sebagai contoh, hanya gambar seekor gajah sahaja yang dipaparkan, orang yang melihat itu sudah faham bahawa itu merupakan isyarat bahawa kawasan gajah melintas. Papan tanda merupakan salah satu komunikasi masyarakat yang tidak menggunakan bahasa lisan sebagai komunikasi utama.

PENDAPAT.
Masyarakat mampu memahami sesuatu bentuk komunikasi walaupun bukan secara lisan. Walau berbeza bahasa yang diguna, masyarakat masih mampu untuk berkomunikasi. Kadang-kadang penggunaan papan tanda ini amat membantu terutama bagi golongan orang kelainan upaya.

Dialek Kelantan (Kecek Kelate)

SITUASI 10.

Dialek KELANTAN merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dialek Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialaek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan ialah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ ( sama dengan bunyi e dalam perkataan beca). Contohnya, kawan (kawe), bulan (bule), tangan (tange) dan lain-lain. Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’. contohnya, apa (gapo), hamba (ambo), mana (mano) dan lain-lain.

PENDAPAT.
Dialek merupakan kelebihan yang ada pada penutur bahasa di Malaysia. Jadi, sesiapa yang tidak mempunyai dialek, maka dianggap satu kerugian kerana tidak akan faham apabila berkomunikasi dengan orang yang ada dialek. Dialek ini amat unik kerana hanya difahami oleh orang-orang tertentu sahaja. Oleh itu, saya amat bangga dilahirkan di Negeri Kelantan kerana mempunyai dialek yang sungguh unik. 

Thursday 15 March 2012

LIGA BAHASA....."Kesantunan Berbahasa"

SITUASI 9.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar `disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Contohnya, Pak digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri,

PENDAPAT.
Dalam kehidupan seharian, kita menggunakan banyak kata sapaan terhadap orang lain terutama keluarga dan juga kawan-kawan. Penggunaan kata sapaan yang betul mampu mewujudkan suasana yang harmonis tanpa menyakitkan hati orang lain. sebagai contoh, kawan saya penah menyapa kawannya dengan perkataan ‘hoi, gila..lama tak jumpa kau’. Walaupun niatnya untuk bertegur sapa, tetapi, ia mampu mengguris perasaan orang lain. jadi, berhati-hatilah semasa menggunakan kata sapaan.

Wednesday 14 March 2012

LIGA BAHASA....."Bahasa Slanga"

Situasi 8.

Bahasa slanga?? Pasti semua orang selalu guna bahasa slanga untuk berkomunikasi. Kita selalu guna bahasa slanga kerana mudah untuk berkomunikasi serta menyatakan sesuatu yang keterlaluan. Tetapi, bahasa slanga ini hanya sesuai untuk situasi tidak formal sahaja.

PENDAPAT.
Sebagai seorang bakal guru terutama guru bahasa, elakkan guna bahasa slanga kerana khuatir akan menjadi contoh yang tidak baik kepada pelajar.

Tuesday 13 March 2012

LIGA BAHASA....."Bahasa Kanak-Kanak"

SITUASI 7.

Bahasa kanak-kanak merupakan bahasa yang dipelajari oleh kanak-kanak pada peringkat awal kepada perkembangan kognitif untuk berbahasa. Tetapi malangnya, kanak-kanak ini sering diberi pendedahan bahasa yang salah oleh orang disekeliling mereka. contohnya, “adik nak mamam ke?, adik nak cucu ke?”, dan sebagainya. Kosa kata yang salah untuk ‘mamam’ (makan), ‘cucu’ (susu). Oleh itu, maka lahirlah insan yang sempit kosa katanya dalam berbahasa.

PENDAPAT.
Jawapannya mudah sahaja. Sebenarnya, niat ibu bapa hanyalah untuk memudahkan kanak-kanak itu untuk bercakap melalui penggunaan bahasa-bahasa yang mudah. Apabila kanak-kanak itu sudah besar, maka dia akan beralih menggunakan bahasa yang betul.

Sunday 11 March 2012

LIGA BAHASA....."Soalan kepada soalan"

SITUASI 6.

Setiap kali ditanya mengenai sesuatu, semestinya soalan tersebut akan dijawab dengan dikemukakan kembali soalan. Bagaimana perkara itu boleh berlaku? Sebagai contoh, ‘awak ada masa atau tidak malam ini?’. Kebiasaannya soalan tersebut akan dijawab dengan soalan kembali. Contohnya, ‘kenapa? Awak ingin datang ke rumah saya ke?’. Akhirnya, orang yang bertanya soalan terpaksa menjawab soalan yang diberikan.

PENDAPAT.
Pada hemat saya, perkara ini berlaku kerana sifat ingin tahu yang ada pada seseorang terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, dia akan bertanya tanpa menjawab soalan terlebih dahulu.

Friday 9 March 2012

LIGA BAHASA....."LIDAH OH LIDAH"

SITUASI 5

Orang selalu salah tafsir apa yang hendak kita sampaikan atau lakukan. Kita baru sahaja ingin melakukan sedikit perubahan ke arah yang lebih baik tetapi telah dihalang. Dihalang dari segi kata-kata mahupun dari segi tindakan. Tetapi, halangan dari kata-kata itu lebih menyakitkan. Bak kata pepatah “lidah itu lebih tajam dari mata pedang”. Contonhya hari ini saya ingin buat tugasan yang pensyarah bagi, tetapi akan ada yang berkata ‘sejak bila engkau jadi rajin ni? Tak payah buat lagi la, lagipun lambat lagi nak hantar. Saja nak tunjuk rajin la tu.’ Jadi, sudah terbantut niat untuk melakukan sesuatu kebaikan.

PENDAPAT.
Semestinya pemikiran kita tidak sama dengan pemikiran orang lain. Tetapi, jangan sampai kita menjadi penyebab kepada orang lain menjadi seperti kita. Oleh itu, kita pula jangan mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain cakap, kita buat sahaja apa yang kita rasa betul dan yang paling penting tindakan kita itu tidak susahkan siapa-siapa.

Thursday 8 March 2012

LIGA BAHASA....."BOS"

SITUASI 4.

Setiap kali pergi membeli barang di pasar, mesti ada penjual yang akan panggil pembeli atau pelanggannya itu dengan panggilan “bos”. Apa makna di sebalik panggilan tersebut? Mungkin ia sebagai tanda penghormatan atau cara penjual tersebut untuk menarik perhatian pembeli atau pelanggannya untuk membeli barang mereka.

PENDAPAT.
Panggilan seperti itu (bos), mungkin disukai oleh sesetengah pihak. Tetapi,terdapat juga pihak yang terasa janggal dan seolah-olah memerli mereka. Hal ini demikian kerana penjual hanya ingin menarik perhatian dan bukan panggil sebagai tanda hormat. Saya berkata demikian kerana salah seorang guru saya pernah mengutarakan persoalan tersebut. Guru saya berasa tidak puas hati jika seseorang memanggilnya dengan panggilan “bos”. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa menggunakan panggilan terutama kepada golongan yang mempunyai pangkat dan darjat yang lebih tinggi.

Wednesday 7 March 2012

KAYA BAHASA......ARAHAN ATAU NASIHAT??

Sejak dari kecil lagi, setiap manusia akan menghadapi atau menerima arahan daripada orang lain untuk melakukan sesuatu. Buktinya, setiap perbuatan akan disertai dengan perkataan yang berupa arahan iaitu seperti "jangan buat itu", "sila baca buku" dan banyak lagi. Maka, lahirlah generasi yang suka memberi arahan dalam setiap perkara termasuklah ketika bercakap dengan sesiapa pun. 




PENDAPAT.
Pada pendapat saya, ia amat benar kerana sejak dari kecil lagi saya dididik dan diasuh dengan menggunakan arahan. Hal ini demikian kerana setiap perkara yang saya ingin lakukan, mak atau ayah pasti akan berkata sesuatu. Perkataan yang diujarkan lebih kepada memberi arahan. Tetapi arahan yang diberikan bertujuan untuk memberi nasihat semata-mata. Contohnya, ketika bermain di dalam rumah, mak akan cakap "jangan main benda itu". Secara automatiknya, kita akan berhenti bermain. Itulah arahan dalam nasihat