ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Thursday, 15 March 2012

LIGA BAHASA....."Kesantunan Berbahasa"

SITUASI 9.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar `disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Contohnya, Pak digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri,

PENDAPAT.
Dalam kehidupan seharian, kita menggunakan banyak kata sapaan terhadap orang lain terutama keluarga dan juga kawan-kawan. Penggunaan kata sapaan yang betul mampu mewujudkan suasana yang harmonis tanpa menyakitkan hati orang lain. sebagai contoh, kawan saya penah menyapa kawannya dengan perkataan ‘hoi, gila..lama tak jumpa kau’. Walaupun niatnya untuk bertegur sapa, tetapi, ia mampu mengguris perasaan orang lain. jadi, berhati-hatilah semasa menggunakan kata sapaan.

Wednesday, 14 March 2012

LIGA BAHASA....."Bahasa Slanga"

Situasi 8.

Bahasa slanga?? Pasti semua orang selalu guna bahasa slanga untuk berkomunikasi. Kita selalu guna bahasa slanga kerana mudah untuk berkomunikasi serta menyatakan sesuatu yang keterlaluan. Tetapi, bahasa slanga ini hanya sesuai untuk situasi tidak formal sahaja.

PENDAPAT.
Sebagai seorang bakal guru terutama guru bahasa, elakkan guna bahasa slanga kerana khuatir akan menjadi contoh yang tidak baik kepada pelajar.

Tuesday, 13 March 2012

LIGA BAHASA....."Bahasa Kanak-Kanak"

SITUASI 7.

Bahasa kanak-kanak merupakan bahasa yang dipelajari oleh kanak-kanak pada peringkat awal kepada perkembangan kognitif untuk berbahasa. Tetapi malangnya, kanak-kanak ini sering diberi pendedahan bahasa yang salah oleh orang disekeliling mereka. contohnya, “adik nak mamam ke?, adik nak cucu ke?”, dan sebagainya. Kosa kata yang salah untuk ‘mamam’ (makan), ‘cucu’ (susu). Oleh itu, maka lahirlah insan yang sempit kosa katanya dalam berbahasa.

PENDAPAT.
Jawapannya mudah sahaja. Sebenarnya, niat ibu bapa hanyalah untuk memudahkan kanak-kanak itu untuk bercakap melalui penggunaan bahasa-bahasa yang mudah. Apabila kanak-kanak itu sudah besar, maka dia akan beralih menggunakan bahasa yang betul.

Sunday, 11 March 2012

LIGA BAHASA....."Soalan kepada soalan"

SITUASI 6.

Setiap kali ditanya mengenai sesuatu, semestinya soalan tersebut akan dijawab dengan dikemukakan kembali soalan. Bagaimana perkara itu boleh berlaku? Sebagai contoh, ‘awak ada masa atau tidak malam ini?’. Kebiasaannya soalan tersebut akan dijawab dengan soalan kembali. Contohnya, ‘kenapa? Awak ingin datang ke rumah saya ke?’. Akhirnya, orang yang bertanya soalan terpaksa menjawab soalan yang diberikan.

PENDAPAT.
Pada hemat saya, perkara ini berlaku kerana sifat ingin tahu yang ada pada seseorang terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, dia akan bertanya tanpa menjawab soalan terlebih dahulu.

Friday, 9 March 2012

LIGA BAHASA....."LIDAH OH LIDAH"

SITUASI 5

Orang selalu salah tafsir apa yang hendak kita sampaikan atau lakukan. Kita baru sahaja ingin melakukan sedikit perubahan ke arah yang lebih baik tetapi telah dihalang. Dihalang dari segi kata-kata mahupun dari segi tindakan. Tetapi, halangan dari kata-kata itu lebih menyakitkan. Bak kata pepatah “lidah itu lebih tajam dari mata pedang”. Contonhya hari ini saya ingin buat tugasan yang pensyarah bagi, tetapi akan ada yang berkata ‘sejak bila engkau jadi rajin ni? Tak payah buat lagi la, lagipun lambat lagi nak hantar. Saja nak tunjuk rajin la tu.’ Jadi, sudah terbantut niat untuk melakukan sesuatu kebaikan.

PENDAPAT.
Semestinya pemikiran kita tidak sama dengan pemikiran orang lain. Tetapi, jangan sampai kita menjadi penyebab kepada orang lain menjadi seperti kita. Oleh itu, kita pula jangan mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain cakap, kita buat sahaja apa yang kita rasa betul dan yang paling penting tindakan kita itu tidak susahkan siapa-siapa.

Thursday, 8 March 2012

LIGA BAHASA....."BOS"

SITUASI 4.

Setiap kali pergi membeli barang di pasar, mesti ada penjual yang akan panggil pembeli atau pelanggannya itu dengan panggilan “bos”. Apa makna di sebalik panggilan tersebut? Mungkin ia sebagai tanda penghormatan atau cara penjual tersebut untuk menarik perhatian pembeli atau pelanggannya untuk membeli barang mereka.

PENDAPAT.
Panggilan seperti itu (bos), mungkin disukai oleh sesetengah pihak. Tetapi,terdapat juga pihak yang terasa janggal dan seolah-olah memerli mereka. Hal ini demikian kerana penjual hanya ingin menarik perhatian dan bukan panggil sebagai tanda hormat. Saya berkata demikian kerana salah seorang guru saya pernah mengutarakan persoalan tersebut. Guru saya berasa tidak puas hati jika seseorang memanggilnya dengan panggilan “bos”. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa menggunakan panggilan terutama kepada golongan yang mempunyai pangkat dan darjat yang lebih tinggi.

Wednesday, 7 March 2012

KAYA BAHASA......ARAHAN ATAU NASIHAT??

Sejak dari kecil lagi, setiap manusia akan menghadapi atau menerima arahan daripada orang lain untuk melakukan sesuatu. Buktinya, setiap perbuatan akan disertai dengan perkataan yang berupa arahan iaitu seperti "jangan buat itu", "sila baca buku" dan banyak lagi. Maka, lahirlah generasi yang suka memberi arahan dalam setiap perkara termasuklah ketika bercakap dengan sesiapa pun. 




PENDAPAT.
Pada pendapat saya, ia amat benar kerana sejak dari kecil lagi saya dididik dan diasuh dengan menggunakan arahan. Hal ini demikian kerana setiap perkara yang saya ingin lakukan, mak atau ayah pasti akan berkata sesuatu. Perkataan yang diujarkan lebih kepada memberi arahan. Tetapi arahan yang diberikan bertujuan untuk memberi nasihat semata-mata. Contohnya, ketika bermain di dalam rumah, mak akan cakap "jangan main benda itu". Secara automatiknya, kita akan berhenti bermain. Itulah arahan dalam nasihat