ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Tuesday, 6 March 2012

AKU DAN KAU..

Dalam perbualan secara tidak formal, menjadi kebiasaan jika digunakan kata ganti diri iaitu 'kau' dan "aku kerana ia menunjukkan keakraban atau hubungan yang lebih rapat. Tetapi, situasi ini tidak akan berlaku dalam keadaan yang formal kerana ia akan menenjukkan kebiadaban seseorang.
Berbeza dengan masyarakat Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan itu termasuk dalam keadaan formal. Contoh yang pernah saya lihat ialah mereka menggunakan perkataan 'aku' dan 'kau' ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada seorang guru. Persepsi pertama yang timbul ialah mereka ini kurang beradab ketika bercakap dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita.
Tetapi kini, isu itu telah diperjelaskan mengenai penggunaannya di dalam kehidupan masyarakat di sana. Walau bagaimana pun, itu merupakan hak individu masing-masing dalam menentukan hala tuju yang ingin dilakukan oleh mereka.
Sesungguhnya masyarakat Melayu penuh dengan adab sopan ketika bertutur dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Sunday, 4 March 2012

ORANG KEMBOJA NAK CAKAP KELANTAN.

Kisah yang amat menarik untuk dikongsikan bersama dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai seorang rakyat Kemboja yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.
Dia bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah yang terletak di Rawang, Selangor. Jirannya merupakan orang Kelantan, hubungan mereka agak rapat. Kebetulan semalam hari minggu,dia cuti. Jirannya mengajak untuk pergi ke KL untuk membeli buku di sebuah kedai, Popular. Yang amat mengagumkan, dia boleh berbahasa Melayu dengan agak baik walaupun dia masih baru di Malaysia. Sesuatu yang amat menyedihkan ialah dia tidak boleh membaca kerana dia tidak pernah bersekolah semasa berada di Kemboja.
Ketika di kedai buku tersebut, dia bertanya kepada pekerja kedai tentang satu buku yang berkaitan dengan "etika" negaranya. "Etika" yang disebut olehnya berbeza dengan maksud etika di Malaysia. Saya pun tidak faham mengenai apa yang dimaksudkannya. Semangat cinta akan tanah air tetap utuh di dalam dirinya.
Ketika dalam perjalanan pulang, dia cuba untuk bercakap dengan jirannya yang berasal dari Kelantan dengan menggunakan dialek Kelantan. Dia cuba untuk menyebut perkataan 'maghi' (mari), tetapi menjadi 'mareh'. Setiap perkataan yang disebut oleh jirannya akan cuba diikuti olehnya. Di situ nampak kesungguhan dia untuk belajar bahasa tempatan beserta dengan dialek yang dimiliki oleh negara tersebut.
Oleh itu, kita harus berbangga kerana bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua Franca pada suatu ketika dahulu. Orang dari negara lain juga berminat untuk belajar bahasa melayu.

Friday, 2 March 2012


Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenanangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya

Orang selalu berbicara tentang mimpi yang mana mimpinya itu kadang kala menjadi kenyataan. Orang juga sering berkata bahawa mimpi itu hanya mainan tidur semata-mata. Kita tidak boleh mempercayai mimpi yang dialami kerana ia mampu untuk menyesatkan kita. Mimpi juga boleh membawa kepada kekufuran jika kita percaya dan melakukan perkara yang dilakukan didalam mimpi. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh pencipta yang Agung iaitu ALLAH S.W.T.
Lelaki yang cemerlang ialah lelaki yang memasukkan ciri-ciri wanita dalam dirinya. Bukanlah jadi lelaki lembut, tapi ciri yang dimaksudkan ialah sikap-sikap positif wanita. Rajin, pemalu, bersungguh-sungguh, pemalu dan sebagainya. Sebagai contoh, kita tengok Rasullullah kita, Nabi Muhammad S.A.W, sifatnya lebih pemalu daripada anak dara.

Begitu juga dengan wanita, untuk cemerlang, kita harus memasukkan sifat-sifat lelaki dalam diri kita. Berani ke hadapan, lantang mengeluarkan hujah-hujah dan pendapat yang bernas, berfikir secara logik dan kreatif, dan sebagainya.

Oleh yang demikin, antara lelaki dan wanita, masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain walaupun perlu mempunyai sifat yang ada pada pasangan. Hal ini demikian kerana tidak semua orang mampu untuk mempunyai sifat-sifat tersebut. Kesimpulannya, telah menjadi tugas setiap pasangan untuk menjadi pelengkap kepada pasangannya bagi mencipta suasana yang harmoni.

Thursday, 1 March 2012


Jika kita berani mencuba, sudah semestinya kita akan mendapat hasilnya. Cuma hasil yang diterima akan berbeza-beza bagi setiap orang. Sama ada hasilnya memberikan faedah ataupun sebaliknya. Oleh itu, kita harus melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Seperti mana saya yang berusaha untuk mencipta blog ini....

Ini sebagai pengenalan kepada blog yang saya cipta pada hari ini iaitu pada 1 Mac 2012......:)