ASSALAMUALAIKUM W.B.T........
Saturday, 31 March 2012
Ejaan Yang Betul.
SITUASI 20.
Kempus atau kampus??? Bunyi hampir sama tapi makna yang berbeza. Perkataan yang betul ialah kampus. Perkataan kempus tidak mempunyai apa-apa makna dan ejaannya salah.
ULASAN:
Kesilapan ejaan tersebut berlaku kerana pengaruh daripada bahasa pinjaman iaitu bahasa Inggeris. Selain itu, kesilapan ejaan berlaku kerana penggunaan huruf 'e' sama ada e-taling atau e- pepet. Penggunaan ini boleh dijelaskan dengan lebih lanjut dengan pendekatan fonetik dan fonologi.
Thursday, 29 March 2012
Tumbang atau terbalik?
SITUASI 19.
Setiap orang pasti keliru dengan penggunaan perkataan tumbang atau terbalik. Penggunaan perkataan-perkataan tersebut bergantung kepada konteks ayat yang ingin dinyatakan. Walaupun makna di sebalik perkataan tersebut hampir sama, tetapi ia hanya boleh berfungsi mengikut situasi yang betul sahaja.
Contoh penggunaan perkataan tidak mengikut konteks yang betul ialah:-
Pelajar A: Pokok itu terbalik semalam kerana hujan lebat.
Pelajar B: Terbalik??
Pelajar C: Macam pelik saja bunyi ayat itu.
Pelajar B: Betul. Aku pun tidak berapa faham maksudnya.
Pelajar A: Pokok itu terbalik la. Terbalik menyembah bumi. Daun semua gugur bertaburan di atas tanah.
Nasib baik tidak ada orang yang cedera.
Pelajar B: Itu bukan terbalik la awak. Kalau untuk pokok, tumbang la. Pokok tumbang!
Pelajar C: Ha...betul itu, pokok mestilah tumbang bukan terbalik.
Pelajar A: Tumbang dengan terbalik itu sama sahaja. Bukan ke begitu kawan-kawan?
Pelajar C: Salah! Penggunaan perkataan tumbang lebih tepat untuk pokok yang rebah menyembah bumi.
Pelajar A: Oh..baru aku faham sekarang. Terima kasih kawan.
PENDAPAT.
Situasi ini berlaku kerana terikut-ikut dengan penggunaan dialek yang bebas penggunaan ayatnya walaupun struktur ayat tersebut tidak betul. Perkara yang dipentingkan dalam setiap pertuturan hanyalah makna. Jika pendengar faham apa yang diujarkan, itu sudah memadai tanpa menitikberatkan struktur ayat sama ada betul atau salah. Itulah masalah utama setiap penutur bahasa di negara ini disamping masyarakat yang tidak perihatin.

Wednesday, 28 March 2012
PERCAMPURAN BUDAYA, BAHASA DAN ADAT.
SITUASI 18.
Percampuran yang dimaksudkan ialah perkahwinan. Melalui perkahwinan campur antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang berbeza dari segi budaya, bahasa dan adat akan menghasilkan suasana yang lebih komplek dan unik. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu terima perubahan yang berlaku. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Perkahwinan campur ini amat unik kerana berlakunya perkongsian dari semua segi terutamanya bahasa. Semasa berkomunikasi, masing-masing akan cuba untuk bertutur dalam bahasa yang senang untuk difahami oleh pasangannya.
Contoh terdekat saya dapat lihat ialah jiran saya yang berkahwin dengan lelaki berketurunan India. Sebelum berkahwin, lelaki itu hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, Tetapi, selepas berkahwin, lelaki tersebut sedaya upaya untuk belajar bertutur dalam Bahasa Melayu dan makan makanan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, adat dan budayanya tidak terus ditinggalkan dan tetap dilakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Begitu juga dengan isterinya.
Mereka tetap saling melengkapi walaupun mempunyai perbezaan dari semua segi terutama budaya dan bahasa. Komunikasi yang berlaku menimbulkan kesan dimana semua pihak dapat memahaminya tanpa sebarang masalah asalkan kedua-dua belah pihak bijak untuk menangani perbezaan menjadi persamaan.
Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai keunikan sama ada dari segi budaya, bahasa dan adat. oleh sebab itu, setiap ahli dalam masyarakat mampu menerima keunikan tersebut dengan senang kerana sudah biasa dengan keadaan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
Ringkasnya, kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain mampu untuk berkongsi budaya, bahasa dan adat mereka dengan sesiapa sahaja.
Tuesday, 27 March 2012
SERIUS ATAU LAWAK?
SITUASI 17.
Lawak atau jenaka merupakan perbuatan yang mampu mengukirkan senyuman di bibir seseorang. Jika lawak yang dilakukan secara bersahaja atau secara spontan, tidak semua orang mampu melakukannya. Hal ini demikian kerana lawak tidak hadir secara tiba-tiba tanpa difikirkan terlebih dahulu. Begitu juga dalam perbualan, jika disertai dengan lawak atau jenaka, ia mampu mengubah suasana menjadi lebih meriah dan terdapat lebih banyak komunikasi. Fakta penting, orang yang mampu membuat lawak lebih disenangi dan mudah untuk didampingi.
Contohnya, hari ini saya bersama dua orang kawan pergi ke Rawang. Semasa di dalam kereta, kami berbual-bual mengenai kemalangan jalan raya yang berpunca daripada binatang liar yang melintas jalan. Terdapat satu kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar UPSI yang berpunca daripada seekor babi hutan yang melintas jalan. Pemandu kereta tersebut tidak dapat mengawal kereta yang dipandu lalu melanggar pembahagi jalan. Kawan saya menyatakan bahawa ada pihak yang ingin memfailkan saman kepada individu tertentu. Fikiran saya terus ligat untuk membuat jenaka bagi mengubah suasana menjadi lebih ceria. Tiba-tiba saya berkata, "kenapa tidak saman babi itu sahaja?. Babi itu yang salah sebab melintas di kawasan yang tidak dibenarkan melintas". Semua kawan-kawan saya terus tergelak bagai hendak pecah pecah perut. Niat saya hanya satu, hanya ingin menceriakan keadaan yang agak suram.
Sebaliknya, orang yang sentiasa serius hanya akan didampingi apabila perlu sahaja. Hal ini demikian kerana orang disekelilingan berasa takut atau tidak suka dengan cara pemikiran orang yang terlalu serius. Tidak dinafikan bahawa serius itu perlu untuk berjaya dalam hidup tetapi ia perlu diselitkan dengan lawak jenaka. Kadang-kadang, orang serius ini akan menjadi 'kera sumbang' kerana tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.
ULASAN:
Lawak sebagai hiburan semata-mata dan kadang-kala mampu menjadi terapi yang berkesan kepada orang yang mempunyai masalah dalam hidup. Tetapi, jangan sampai lawak itu menimbulkan rasa sakit hati kepada orang lain. Lawak yang dilakukan haruslah tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum kerana mampu memecah-belahkan perpaduan yang terjalin.
Monday, 26 March 2012
KONSEP YANG TERDAPAT DALAM DIALEK KELANTAN.
SITUASI 16.
Konsep Rasa.
Terdapat beberapa perkataan utama dalam dialek Kelantan yang menggambarkan rasa. Antara perkataan tersebut ialah, manih, tawa, masing, pedah, lemok, kelak, haŋer, masey, lecah, pekaʔ. Daripada perkataan ini hanya ada tujuh sahaja yang merujuk kepada rasa asas, iaitu tawar, pahit, masam, manis, masin, pedas dan lemak. Rasa yang dirujuk oleh perkataan kelaʔ merujuk kepada peleburan dua jenis rasa, iaitu rasa pahit dan tawar, lecah pula merujuk kepada rasa tawar dan masin.

| Dialek Kelantan | maknanya |
| Pedas nnyenga | Sangat pedas |
| Tawar hebbey | Sangat tawar |
| Manih letting | Sangat manis |
| Masing perrak | Sangat masin |
| Pahik bbengey | Sangat pahit |
| Lecah leweh | Sangat tawar (tidak cukup perasa) |
Dalam maksud masin perrak, unsur perrak merupakan satu unsur bunyi yang melambangkan makna atau maksud sangat dalam masyarakat Kelantan. Kata perrak tidak mempunyai makna jika berdiri sendiri dan tidak digunakan di luar daripada konteks masin. Contoh ungkapan yang menggunakan konsep rasa dalam dialek kelantan:
[ #Lado tu rase dio pedah nnyeɳa”#] = “Rasa lada itu sangat pedas”.
[#lecah leweh eh ambo braso gulai ike nie#]= “Saya rasa gulai ikan ini seperti tidak cukup bahan perasa.” Konsep Warna
Konsep warna memperlihat bahawa terdapat tujuh perkataan untuk warna utama dalam dialek Kelantan, iaitu putih, hitam, merah, kuning, kelabu, hijau, dan biru. Tiap-tiap kata nama bagi warna tersebut mempunyai tambahan kata atau perkataan untuk menyampaikan maksud bagi setiap warna.
| Bahasa Melayu standard | Dialek Kelantan | Transkripsi fonetik |
| Merah | Meghoh | [#meghoh# ] |
| Biru | bighu | [ #bighu# ] |
| Hitam | ite | [ #itε #] |
| Hijau | hijha | [ #hijha# ] |
Contoh ayat yang menggunakan konsep warna dalam dialek Kelantan:
[#Siti paka baju wano meghoh nyalo hari ni#] = Hari ini Siti memakai baju yang berwarna merah terang.
Konsep Bentuk dan Saiz.
Dalam dialek Kelantan, terdapat beberapa perkataan dan ungkapan yang menunjukkan bentuk, iaitu bulat, bujur, dan bersegi.
Selain itu terdapat juga bentuk-bentuk lain yang tidak menggunakan bentuk-bentuk asas seperti belok belekar dan renyok petok.
Konsep saiz pula, perkataan-perkataan yang menunjukkan julat saiz dari kecil sampai besar. Julat tersebut adalah seperti halus, kecil, tinggi, besar, dan kurus.
Dalam konsep ini juga, turut diselitkan unsur-unsur penegasan bagi menyampaikan sesuatu maksud yang lebih luas seperti tinggi layur, untuk menunjukkan tahap ketinggian bagi seseorang individu. Perlambangan turut digunakan dalam konsep saiz. Contohnya untuk memberitahu saiz seseorang, rakyat Kelantan menggunakan perkataan besar gajoh untuk menunjukkan bahawa saiz sesuatu benda yang dirujuk itu sebesar gajah.
| BAHASA MELAYU | DIALEK KELANTAN | TRANSKRIPSI FONETIK |
| Tinggi | Tinggi layur | [# tinggi layur #] |
| Kecil | Kecik tuŵek | [# kecik tuŵek #] |
| Besar | Besar gajo/h | [#besar gajoh #] |
| Kurus | Kughuh keghing | [#kughuh keghiŋ# ] |
Friday, 23 March 2012
'Bahasa Halus' dalam Budaya Lisan Masyarakat Melayu.
SITUASI 15.
Sewaktu kecil, saya sering diajar oleh mak dan ayah untuk menggunakan bahasa yang halus yakni bahasa yang lebih santun. Keadaan ini sangat ketara apabila saya ke rumah nenek. Hal ini demikian kerana keluarga nenek termasuk ayah sangat menjaga etika sopan santun khususnya dalam tingkah laku dan bahasa lisan. Contohnya, bagi nasi yang hangit, nenek sebut sebagai ‘nasi kunyit’. Perkataan yang disebut mempunyai makna yang berselindung dengan menggunakan perkataan yang lebih halus.
ULASAN.
Sebenarnya, penggunaan bahasa halus dalam budaya lisan masyarakat Melayu merupakan salah satu cara untuk bertutur, mengkritik, memberitahu, dan ‘bercakap benar’ dalam bahasa orang Melayu sejati. Bahasa halus juga merupakan satu cara kita dapat mengesan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. Orang yang pandai berbahasa halus, biasanya datang daripada lingkungan keluarga bangsawan, keluarga menengah, keluarga tradisional yang sentiasa memegang adat dan adab, serta keluarga yang ada tradisi yang jelas susur galurnya. Dalam konteks ini, bahasa halus bukannya terletak pada strata kelas yakni orang kaya mahupun orang miskin, marhaen ataupun borjuis tetapi ia lebih kepada kemahiran berbahasa lisan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)