As salam....
Sudah lama tidak menulis apa-apa di laman blog ini. Hari ini saya ingin menulis mengenai satu topik yang ringkas tetapi penuh makna iaitu "Berbahasa Biarlah Sampai Maknanya'. Persoalannya, pada hari ini ramai yang pandai berbahasa tetapi tidak sampai maksud yang ingin diperkatakan itu. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang itu berkata mengenai sesuatu perkara tetapi orang lain tidak faham langsung atau faham makna di dalam konteksnya sahaja. Sebagai contoh, seorang guru berkata kepada anak muridnya:
Guru : Baiklah murid-murid, sebelum kita memulakan pelajaran hari ini, cikgu ingin kamu perhatikan
keadaan di sekeliling kamu.
Murid : Dah cikgu.
Guru : Sudah ke? Tapi cikgu tengok masih ada lagi sampah di bawah meja kamu itu.
Murid : Tadi cikgu suruh perhatikan sahaja keadaan di sekeliling kami. Cikgu tidak suruh kutip sampah.
Guru : Maksud cikgu, kamu kena perhatikan keadaan sekeliling kamu itu adalah jika terdapat sampah kamu
mesti kutip dan buang di tempat yang sepatutnya.
Murid : Cikgu tidak beritahu awal-awal. Kami tidak faham maksud cikgu itu.
Guru : Baiklah, cikgu minta maaf atas kesulitan yang berlaku.
Berdasarkan kepada situasi tersebut, guru seharusnya memberi arahan yang lebih jelas maksudnya kepada murid-murid tersebut. Guru hanya menyuruh muridnya untuk perhatikan keadaan di sekeliling dan bukannya menyuruh untuk mengutip sampah yang ada di sekeliling mereka. Guru seharusnya memberi arahan dengan menyuruh murid-muridnya itu perhatikan dan pastikan tempat mereka bersih dengan mengutip sampah yang ada di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, berbahasa biarlag sampai maksudnya.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T........
Friday, 18 May 2012
Wednesday, 9 May 2012
Buku Bahasa Melayu,Penulis Bukan Melayu.
As salam....
Sejak kebelakangan ini, telah lahir ramai penulis buku yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Persoalannya, penulis buku yang ada pada masa kini tidak hanya tertumpu pada bidang dan bahasa masing-masing sahaja. Dengan kata lain, penulis buku yang berbangsa lain sudah mampu untuk menghasilkan sebuah buku yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam penulisan serta pertuturan seharian mereka.
Fenomena ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu sudah berkembang dan mampu menarik minat bangsa lain untuk mendalami ilmunya. Sebagai contoh, penulis yang bukan berbangsa Melayu ialah S.Nathesan, Teo Kok Seong (Pensyarah UPSI), dan ramai lagi.
Sunday, 6 May 2012
ANALOGI TERHADAP BAHASA MELAYU PADA MASA KINI.
SITUASI 40.
Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, analogi
merupakan kias atau perbandingan (yang
memperlihatkan ciri-ciri persamaan). Manakala bahasa pula boleh diertikan sebagai satu sistem
bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Analogi terhadap
bahasa Melayu kini seperti daun yang gugur dengan pokok sakit. Hal ini demikian kerana
bahasa Melayu pada masa kini telah mengalami pencemaran
bahasa seperti bahasa rojak, bahasa slanga
dan sebagainya. Tetapi, tiada langkah yang sewajarnya dilaksanakan untuk
mengatasi masalah tersebut.
Begitulah
analoginya iaitu daun yang gugur dengan pokok sakit. Pokok yang sakit akan
menggugurkan daunnya sehingga menyebabkan suatu kawasan menjadi kotor. Oleh itu,
jalan pintas yang paling sesuai untuk membersihkan kawasan tersebut ialah
dengan menyapu daun yang gugur itu. Pada hakikatnya, jalan penyelesaian itu
hanya bersifat sementara. Hal ini demikian kerana daun akan sentiasa gugur disebabkan
pokoknya sakit. Langkah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut
ialah merawat pokok yang sakit itu. Nescaya, daun yang gugur akan berkurangan
daripada sebelumnya.
Begitu juga
dengan bahasa Melayu, langkah untuk mengatasi pencemaran bahasa perlu dilakukan
pada peringkat akar umbi. Contohnya, bermula dengan pucuk pimpinan negara yang
mempamerkan semangat cinta akan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu
yang betul semasa berucap di hadapan umum.
Rajah 1: Analogi daun yang gugur dengan pokok sakit.
Thursday, 3 May 2012
LARAS BAHASA.
SITUASI 39
Laras bahasa menurut Kamus
Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan
dalam satu-satu masa. Menurut Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991, laras
bahasa merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan
atau situasi tertentu. Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan
berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa
boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa
berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras
menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang
berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
Laras bahasa ini dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan
tujuan. Laras ini juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Terdapat tokoh bahasa yang
membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.
Jenis-Jenis Laras Bahasa:
1.
Laras Bahasa Matematik
2.
Laras Bahasa Sains
3.
Laras Bahasa Sukan
4.
Laras Bahasa Agama
5.
Laras Bahasa Sastera
6.
Laras Bahasa Seni
Tuesday, 1 May 2012
MEMBENTUK LAKUAN BAHASA MELALUI LATIHAN
SITUASI
38.
Di sini
kita mengambil tauladan dari bagaimana bahasa pertama itu dikuasai. Mengikut
teori behaviorisme, lakuan itu terbentuk melalui lakuan yang diulang dan
dikukuhkan. Oleh itu sebagai orang dewasa, kita terpaksa berlatih untuk
mempelajari bahasa kedua. Kita terpaksa berlatih dengan begitu rapi lebih-lebih
lagi dalam bahagian di mana lakuan bahasa ibu kita mengganggu pembentukan
lakuan bahasa yang sedang dipelajari. Oleh itu mempelajari bahasa ini mungkin
dapat dikatakan suatu proses mempelajari lakuan baharu, samalah seperti seorang
yang biasa memandu kereta di sebelah kanan jalan dan kemudian terpaksa memandu
di sebelah kiri jalan.
Dalam hal
ini terdapat kecenderungan untuk mempergunakan lakuan yang lama. Oleh itu di
mana perlu lakuan yang sama itu diperkenalkan dahulu dan kita harus
berhati-hati supaya mempelajari mempergunakan lakuan yang baharu atau yang
tidak sama dengan dalam bahasa kandungannya. Proses mempelajari bahasa itu
menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara
kedua lakuan bahasa itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)