SITUASI 40.
Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, analogi
merupakan kias atau perbandingan (yang
memperlihatkan ciri-ciri persamaan). Manakala bahasa pula boleh diertikan sebagai satu sistem
bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Analogi terhadap
bahasa Melayu kini seperti daun yang gugur dengan pokok sakit. Hal ini demikian kerana
bahasa Melayu pada masa kini telah mengalami pencemaran
bahasa seperti bahasa rojak, bahasa slanga
dan sebagainya. Tetapi, tiada langkah yang sewajarnya dilaksanakan untuk
mengatasi masalah tersebut.
Begitulah
analoginya iaitu daun yang gugur dengan pokok sakit. Pokok yang sakit akan
menggugurkan daunnya sehingga menyebabkan suatu kawasan menjadi kotor. Oleh itu,
jalan pintas yang paling sesuai untuk membersihkan kawasan tersebut ialah
dengan menyapu daun yang gugur itu. Pada hakikatnya, jalan penyelesaian itu
hanya bersifat sementara. Hal ini demikian kerana daun akan sentiasa gugur disebabkan
pokoknya sakit. Langkah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut
ialah merawat pokok yang sakit itu. Nescaya, daun yang gugur akan berkurangan
daripada sebelumnya.
Begitu juga
dengan bahasa Melayu, langkah untuk mengatasi pencemaran bahasa perlu dilakukan
pada peringkat akar umbi. Contohnya, bermula dengan pucuk pimpinan negara yang
mempamerkan semangat cinta akan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu
yang betul semasa berucap di hadapan umum.
Rajah 1: Analogi daun yang gugur dengan pokok sakit.
No comments:
Post a Comment