ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Thursday, 3 May 2012

LARAS BAHASA.


SITUASI 39

Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Menurut Nur Azemah Shahedan dalam Pelita Bahasa, November, 1991, laras bahasa merupakan suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
       Laras bahasa ini dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras ini juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Jenis-Jenis Laras Bahasa:
1.     Laras Bahasa Matematik
2.    Laras Bahasa Sains
3.    Laras Bahasa Sukan
4.    Laras Bahasa Agama
5.    Laras Bahasa Sastera
6.    Laras Bahasa Seni
7.    Laras Bahasa Iklan


Rajah 1: Buku Laras Bahasa.

No comments:

Post a Comment