ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Friday, 23 March 2012

'Bahasa Halus' dalam Budaya Lisan Masyarakat Melayu.

SITUASI 15.
Sewaktu kecil, saya sering diajar oleh mak dan ayah untuk menggunakan bahasa yang halus yakni bahasa yang lebih santun. Keadaan ini sangat ketara apabila saya ke rumah nenek. Hal ini demikian kerana keluarga nenek termasuk ayah sangat menjaga etika sopan santun khususnya dalam tingkah laku dan bahasa lisan. Contohnya, bagi nasi yang hangit, nenek sebut sebagai ‘nasi kunyit’. Perkataan yang disebut mempunyai makna yang berselindung dengan menggunakan perkataan yang lebih halus.

ULASAN.
Sebenarnya, penggunaan bahasa halus dalam budaya lisan masyarakat Melayu merupakan salah satu cara untuk bertutur, mengkritik, memberitahu, dan ‘bercakap benar’ dalam bahasa orang Melayu sejati. Bahasa halus juga merupakan satu cara kita dapat mengesan taraf sosial seseorang dalam masyarakat. Orang yang pandai berbahasa halus, biasanya datang daripada lingkungan keluarga bangsawan, keluarga menengah, keluarga tradisional yang sentiasa memegang adat dan adab, serta keluarga yang ada tradisi yang jelas susur galurnya. Dalam konteks ini, bahasa halus bukannya terletak pada strata kelas yakni orang kaya mahupun orang miskin, marhaen ataupun borjuis tetapi ia lebih kepada kemahiran berbahasa lisan.

No comments:

Post a Comment