ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Sunday, 4 March 2012

ORANG KEMBOJA NAK CAKAP KELANTAN.

Kisah yang amat menarik untuk dikongsikan bersama dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai seorang rakyat Kemboja yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.
Dia bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah yang terletak di Rawang, Selangor. Jirannya merupakan orang Kelantan, hubungan mereka agak rapat. Kebetulan semalam hari minggu,dia cuti. Jirannya mengajak untuk pergi ke KL untuk membeli buku di sebuah kedai, Popular. Yang amat mengagumkan, dia boleh berbahasa Melayu dengan agak baik walaupun dia masih baru di Malaysia. Sesuatu yang amat menyedihkan ialah dia tidak boleh membaca kerana dia tidak pernah bersekolah semasa berada di Kemboja.
Ketika di kedai buku tersebut, dia bertanya kepada pekerja kedai tentang satu buku yang berkaitan dengan "etika" negaranya. "Etika" yang disebut olehnya berbeza dengan maksud etika di Malaysia. Saya pun tidak faham mengenai apa yang dimaksudkannya. Semangat cinta akan tanah air tetap utuh di dalam dirinya.
Ketika dalam perjalanan pulang, dia cuba untuk bercakap dengan jirannya yang berasal dari Kelantan dengan menggunakan dialek Kelantan. Dia cuba untuk menyebut perkataan 'maghi' (mari), tetapi menjadi 'mareh'. Setiap perkataan yang disebut oleh jirannya akan cuba diikuti olehnya. Di situ nampak kesungguhan dia untuk belajar bahasa tempatan beserta dengan dialek yang dimiliki oleh negara tersebut.
Oleh itu, kita harus berbangga kerana bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua Franca pada suatu ketika dahulu. Orang dari negara lain juga berminat untuk belajar bahasa melayu.

No comments:

Post a Comment