ASSALAMUALAIKUM W.B.T........

Monday 26 March 2012

KONSEP YANG TERDAPAT DALAM DIALEK KELANTAN.

SITUASI 16.


Konsep Rasa.

Terdapat beberapa perkataan utama dalam dialek Kelantan yang menggambarkan rasa. Antara perkataan tersebut ialah, manih, tawa, masing, pedah, lemok, kelak, haŋer, masey, lecah, pekaʔ. Daripada perkataan ini hanya ada tujuh sahaja yang merujuk kepada rasa asas, iaitu tawar, pahit, masam, manis, masin, pedas dan lemak. Rasa yang dirujuk oleh perkataan kelaʔ merujuk kepada peleburan dua jenis rasa, iaitu rasa pahit dan tawar, lecah pula merujuk kepada rasa tawar dan masin.

Dialek Kelantan
maknanya
Pedas nnyenga
Sangat pedas
Tawar hebbey
Sangat tawar
Manih letting
Sangat manis
Masing perrak
Sangat masin
Pahik bbengey
Sangat pahit
Lecah leweh
Sangat tawar (tidak cukup perasa)
Dalam maksud masin perrak, unsur perrak merupakan satu unsur bunyi yang melambangkan makna atau maksud sangat dalam masyarakat Kelantan. Kata perrak tidak mempunyai makna jika berdiri sendiri dan tidak digunakan di luar daripada konteks masin. Contoh ungkapan yang menggunakan konsep rasa dalam dialek kelantan:
[ #Lado tu rase dio pedah nnyeɳa”#] = “Rasa lada itu sangat pedas”.
[#lecah leweh eh ambo braso gulai ike nie#]= “Saya rasa gulai ikan ini seperti tidak cukup bahan perasa.”


Konsep Warna
Konsep warna memperlihat bahawa terdapat tujuh perkataan untuk warna utama dalam dialek Kelantan, iaitu putih, hitam, merah, kuning, kelabu, hijau, dan biru. Tiap-tiap kata nama bagi warna tersebut mempunyai tambahan kata atau perkataan untuk menyampaikan maksud bagi setiap warna.

Bahasa Melayu standard
Dialek Kelantan
Transkripsi fonetik
Merah
Meghoh
[#meghoh# ]
Biru
bighu
[ #bighu# ]
Hitam
ite
[ #itε #]
Hijau
hijha
[ #hijha# ]

Contoh ayat yang menggunakan konsep warna dalam dialek Kelantan:
[#Siti paka baju wano meghoh nyalo hari ni#] = Hari ini Siti memakai baju yang berwarna merah terang.

Konsep Bentuk dan Saiz.
Dalam dialek Kelantan, terdapat beberapa perkataan dan ungkapan yang menunjukkan bentuk, iaitu bulat, bujur, dan bersegi. 
Selain itu terdapat juga bentuk-bentuk lain yang tidak menggunakan bentuk-bentuk asas seperti belok belekar dan renyok petok. 
Konsep saiz pula, perkataan-perkataan yang menunjukkan julat saiz dari kecil sampai besar. Julat tersebut adalah seperti halus, kecil, tinggi, besar, dan kurus
Dalam konsep ini juga, turut diselitkan unsur-unsur penegasan bagi menyampaikan sesuatu maksud yang lebih luas seperti tinggi layur, untuk menunjukkan tahap ketinggian bagi seseorang individu. Perlambangan turut digunakan dalam konsep saiz. Contohnya untuk memberitahu saiz seseorang, rakyat Kelantan menggunakan perkataan besar gajoh untuk menunjukkan bahawa saiz sesuatu benda yang dirujuk itu sebesar gajah.

BAHASA MELAYU
DIALEK KELANTAN
TRANSKRIPSI FONETIK
Tinggi
Tinggi layur
[# tinggi layur #]
Kecil
Kecik tuŵek
[# kecik tuŵek #]
Besar
Besar gajo/h
[#besar gajoh #]
Kurus
Kughuh keghing
[#kughuh keghiŋ# ]

No comments:

Post a Comment