SITUASI 14.
Rajah 1: contoh penggunaan Bahasa Rojak.
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Ulasan.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.
No comments:
Post a Comment