Pada hari ini, semasa menghadiri kelas Media dalam pengajaran
bahasa Melayu, pensyarah kami iaitu Dr. Hj. Ab. Rahman bin Ab. Rashid telah
memperkatakan mengenai penggunaan bahasa pasar. Sehubungan dengan itu, saya amat tertarik dengan gaya yang
ditiru oleh beliau apabila bercakap menggunakan bahasa pasar iaitu dialog percakapan orang Cina.
Bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan
bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan
perdagangan), pijin (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bahasa pasar ialah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan
bahasa-bahasa bukan Melayu. Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Penggunaannya
tidak gramatis dengan mengabaikan hukum D-M dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan ‘Gua’ menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan perkataan ‘banyak’ sebagai kata penguat. Contohnya ‘banyak cantik’. Bahasa ini juga kerap
menggunakan perkataan `punya'. Contohnya ‘dia punya barang’, ‘apa punya budak’ dan sebagainya.
ULASAN:
Penggunaan bahasa
pasar sedikit sebanyak telah mencemari kedaulatan bahasa kebangsaan. Hal ini
demikian kerana bahasa pasar tidak menggunakan sebutan bahasa Melayu dengan
betul. Oleh sebab itu, dikhuatiri bahasa pasar ini akan menjadi ikutan generasi
yang akan datang. Ini akan menyebabkan kerugian kepada negara kerana generasi
baharu yang diharapkan dapat memartabatkan bahasa Melayu sudah hilang.
Rajah 1: Buku dan keratan akhbar berkaitan dengan bahasa pasar.
Antara dialog yang Dr. baca:
ReplyDeletePenjual durian: Mari beli buah durian.
Orang Cina : Durian ini mana mali?
Penjual durian: Ipoh mali tauke.
Orang Cina : Ipoh mali ma? Banyak sedap ooo.
Penjual Durian: Memang sedap la tauke. Sebab itu
saya jual.
Orang Cina : Lu tatak mau kasi gua rasa dulu?
Penjual durian: Boleh-boleh, rasa la tauke.